Wednesday, February 11, 2009

Gencatan senjata Israel





Gencatan senjata Israel

Zionis enggan undur tentera
TEL AVIV: Israel bersiap sedia untuk melaksanakan gencatansenjata sebelah pihak tetapi menegaskan tidak akan berundur dariSemenanjung Gaza selepas 22 hari membedil wilayah Palestin dan membunuh1,199 orang, termasuk 410 kanak-kanak serta mencederakan 5,300 orang.
Bagaimanapun Hamas yang menguasai Gaza, menegaskan kumpulanitu akan terus menyerang Israel selagi tentera rejim Zionis itumeneruskan pencerobohan di wilayah Palestin.
Hasrat Tel Aviv itu dibuat selepas Perhimpunan Agung PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lewat kelmarin bersetuju mendesakpelaksanaan gencatan senjata segera dan berpanjangan serta pengunduransepenuhnya tentera Israel dari Gaza.
Bagaimanapun, badan dunia itu menolak deraf lebih kerasterhadap rejim Zionis berkenaan yang dikemukakan sebilangan negaratermasuk Malaysia, Indonesia, Ecuador, Venezuela, Iran, Syria danNicaragua.
Kabinet Keselamatan Perdana Menteri Israel Ehud Olmertmengadakan mesyuarat lewat petang semalam berhubung gencatan senjatayang dicadangkan Mesir.
Mengikut gencatan senjata itu, Israel merancang menghentikan bedilanselama 10 hari tetapi mengekalkan kehadiran tenteranya di Gaza.
Pintu masuk ke wilayah itu yang bersempadan dengan wilayahdicerobohi Israel dan Mesir akan terus ditutup sehingga peraturankeselamatan diwujudkan atas alasan mahu menghalang penyeludupan senjatake Gaza.
Mesir yang dibantu pasukan keselamatan antarabangsa juga akanmenutup semula laluan penyeludupan senjata dan memulakan rundinganmembuka pintu masuk pada masa yang akan ditentukan kemudian.
Radio Israel melaporkan, sidang kemuncak gencatan senjata yangakan diadakan di Kaherah hari ini akan dihadiri Setiausaha Agung PBB,Ban Ki-moon dan pemimpin Israel.
Sementara itu, pegawai Hamas Osama Hemdan berkata kumpulan itu akan terus memerangi tentera Israel selagi ia tidak berundur.
"Kami tidak melihat mereka akan berundur di bawah gencatan senjata sebelah pihak ini.
"Selagi ia kekal di Gaza, pemberontakan dan serangan kami akan diteruskan," katanya.
Dalam pertempuran semalam Israel meneruskan serangannya ke atasGaza, termasuk membedil sebuah sekolah PBB yang meragut nyawa duakanak-kanak lelaki. - AFP/Reuters

Squad bimbingan Oleh Jeneral Ahmad Buntal

Dari kiri: MEJAR JENERAL ACERAP , LEFTENAN JENERAL AKOMAL , PREBET ADAMES

1 comment:

silence musica said...

siapa2 lar muka tu eyh. kesian dorg. haha.